Artikel pada kali ini ialah mengenai ikan Salamon. Kalaulah ikan ini ada kat Negara kita mesti bestkan... hehehe.. Maklumlah ikan ni bolehlah di kategorikan sebagai ikan air tawar yang sangat tinggi nilainya. Kalau dalam tv tu kita boleh lihat beruang gemar menangkap ikan salamon dan hanya makan telurnya. yam yam.... mesti sedap..
Salmon adalah nama biasa bagi beberapa spesies ikan dari keluarga Salmonidae.
Beberapa ikan lain di dalam keluarga ini dipanggil trout; perbezaannya adalah disebabkan kehidupan migrasi ikan salmon dibandingkan dengan sikap perumahan ikan trout, satu perbezaan yang betul untuk genus Salmo. Salmon hidup di dalam Atlantik (satu spesies migrasi Salmo salar) dan Lautan Pasifik, selain di Tasik-tasik Besar (kira-kira sedozen spesies dari genus Oncorhynchus).
Secara tipikal, salmon adalah anadromous: ia menetas di air tawar, berpindah ke laut, kemudian kembali semula ke air tawar untuk membiak. Walaubagaimanapun, terdapat spesies yang hanya mampu hidup di habitat air tawar. Ia kemungkinan besar disebabkan oleh perternakan spesies-spesied tertentu ikan salmon. Folklore membuktikan bahawa salmon akan kembali ke lokasi sebenar di mana ia ditetaskan, kajian telah membuktikan kebenaran dakwaan ini, akan tetapi sifat bagaimana memori ikan ini berfungsi telah menjadi perdebatan panjang.Info ini di petik dari wikipedia.
Kalau korang nak rasa ikan salamon, di pasaraya yang terpilih ada menjual spesis ini. Resepi kita untuk kali ini ialah :
Salmon butter lemon
Bahan-bahan ( 2 orang )2 slices salmon
2 + 1 sudu besar olive oil
1 sudu besar butter
1/2 sudu besar jus lemon
4 sudu besar air
garam secukup rasa
lada hitam secukupnya(3 kali pusing kalau guna bekas lada hitam)
daun bawang untuk hiasan
tepung gandum/ corn starch
Cara-cara
Kerat 2 salmon dan buang kulitnya. sapukan dengan tepung gandum.
Panaskan 2 sudu besar olive oil. Bila olive oil panas, besarkan api dan masukkan salmon.
Bila bahagian bawah salmon dah nampak kuning, balikkan dan masukkan pula 1 sudu besar olive oil lagi. Masukkan garam, dan lada hitam. Kemudian balik-balikkan salmon sehingga garing.
Keluarkan salmon dari kuali, masukkan pula air, butter dan jus lemon. Panaskan sehingga air meruwap dan sos lemon melekat kat sudu.
Tuangkan sos lemon ke atas salmon dan taburkan dengan daun bawang.
Kalau nak lagi sedap, sebelum letak samon tu pinggan tu panas sekejap dgn microwave. Lepas tu bolehlah letak salmon dan sos lemon di atasnya
Selamat Mencuba... Resepi ini di petik dari my resepi
aku suka makan ikan basung ja :)
ReplyDelete