Tuesday, April 26, 2011

Ikan Ketutu


Ikan Ketutu
Marbled goby atau lebih dikenali ikan ketutu, haruan bodoh, ikan ubi, ikan hantu, ataupun ikan belantuk. Merupakan spesies ikan air tawar namun terdapat juga di kawasan air payau kebiasaan gemar tinggal di kawasan berlubang dengan persekitaran air berarus tenang dan sederhana.
Bersifat karnivor iaitu memakan daging dengan memakan anak² ikan kecil, udang, siput dan ketam kecil. Ikan ini juga sangat popular dikalangan masyarakat cina. Walaupun rupa bentuk ikan ini sangat hodoh tetapi ia mempunyai banyak khasiat. Saya pun kurang pasti adakah benar atau tidak khasiat ikan ketutu ini menyamai khasiat gingseng, lingzhi, dan spirulina.Masakan yang popular bagi ikan ketutu ialah masak steam. Ikan ketutu juga merupakan diantara spesis ikan termahal kerana harganya mampu mencecah RM50 hingga RM80 sekilogram. Kalau dah siap dimasak pula boleh mencecah RM180 hingga RM200 sekilogram. Lepas nie korang boleh lah cari ikan nie ye.. ;)
Ikan pemangsa ini boleh didapati dikawasan seperti lubuk, lombong tinggal dan tasik terutama kawasan mempunyai kayu atau buluh bagi tujuan mencari makanan. Bersifat pendiam dengan aktif pada waktu malam atau keadaan gelap. Ketutu dapat mencapai pembesaran sehingga 50 cm atau 2kg dalam masa 2 tahun.



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...