Thursday, August 29, 2013

TIPS MENANGKAP IKAN PARI



Artikel kali ini, aku akan berkongsi cerita mengenai ikan pari. Walaupun aku ni tidaklah begitu layak bercerita mengenai ikan pari, sebabnya di luar sana ramai lagi otai-otai yang berpengalaman yang boleh bercerita mengenai spesis ini. Ikan pari ni selalunya di pantai-pantai yang kurang tumpuan orang ramai. Spesis ini akan menjauhkan diri jika terlalu banyak bising seperti keriuhan orang mandi manda di pantai, bunyi jetski dan banyak lagi. Peratusan untuk mendapat pari tu agak tipis kecualilah ikan pari tu jenis pekak badak. 

Tips umpan ikan pari

Ikan pari gemar memakan ketam, udang, sotong kurita, ikan belacak, ikan tamban, ikan bilis, ikan gelama, ikan selar, ikan bebolos @ ikan pucung dan banyak lagi. Asalkan umpan itu sisiknya tidak berduri bolehlah di buat umpan. Dan ada satu lagi umpan yang pernah orang letak ialah ikan kek kek mak iloi iloi.. (Ikan kek kek) bersaiz sederhana kecil. Kalau ada siapa lagi yang mempunyai pengalaman menaikkan ikan pari bolehlah berkongsi dengan para pembaca di sini.

Waktu yang terbaik menangkap ikan pari

Waktu yang sesuai untuk tangkap ikan pari ialah ketika air sedang gerak pasang, air mula gerak surut , kurang berombak, air tidaklah terlalu jernih dan yang paling berkesan selalunya di waktu petang ke malam kerana pada waktu ini keadaannya tidaklah terlalu bising. 



.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...