Wednesday, May 1, 2013

IKAN BAWAL GERGASI??



Tahukah anda Ikan Bawal terbesar di dunia pernah di tangkap di Alaska (bahagian Norway) oleh seorang pesara polis dengan Seberat 270kg. Harga ikan setelah di convert duit malaysia harganya mencecah RM10000... Erk... mahalnya.. kalau dapat seekor ikan bawal seberat ini apa yang korang akan masak??













Sedikit info mengenai Ikan Bawal:


Ikan Bawal ataupun (Bramidae) terbahagi kepada dua jenis iaitu bawal putih dan hitam. Ikan bawal putih dikatakan lebih tinggi permintaannya berbanding yang bawal hitam.


Ikan Bawal banyak terdapat di Lautan Hindi selain Afrika, Malaysia dan Jepun.


Ikan Bawal hidup dan berenang secara berkumpulan. Biasanya pada musim tertentu bawal cermin boleh didapati dengan banyak. Ia juga dikatakan sering didapati beriringan dengan udang di dasar laut. Pergerakan spesies bawal dalam berkawan menjadikannya sebagai tangkapan yang sesuai dengan menggunakan pukat. Bagaimanapun ia boleh ditangkap menggunakan pancing dan rawai.



RESEPI kita hari ini Ikan Bawal kukus Asam Boi

Bahan-bahan
Ikan Bawal Putih ( ikan apa saja pun boleh )
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - ketuk
1-2 batang serai - hiris
1 inci halia - hiris memanjang halus
5 biji asam boi putih atau lebih
1/4 batang lobak oren
Tomato cherry @ biasa - belah 4
Daun ketumbar
1 sudu sos ikan
1 sudu kicap cair
1 sudu sos tiram - (Terpulang nak banyak mana)
Hirisan limau atau jusnya
Cili padi dan cili merah - ikut kepedasan masing2 - hiris@ketuk
Garam - jika perlu - hana tak letak sbb sos ikan dah masin.
Tepung jagung+air sedikit (jika ingin kuah pekat)


Cara-cara
Rendam asam boi dgn air panas (air paras asam boi,jgn byk sgt) sehingga kembang. Kemudian kikiskan sedikit.
Basuh ikan dengan limau kemudian cuci bersih. Letak ke dalam pinggan@mangkuk tahan panas yang sesuai.
Susun@taburkan bahan2 lain ke atas ikan.Satukan dalam mangkuk kecil sos ikan, kicap cair, sos tiram, garam jika perlu. Kemudian curahkan ke atas ikan.
Akhir sekali masukkan asam boi dengan air rendaman asam boi sekali.
Kukus ikan selama 15min atau hingga masak.
Angkat dan hidangkan dengan menaburkan daun ketumbar lagi sekali.

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...