Korang pernah dapat ikan pari yang bersaiz besar ? Kalau pernah mungkin anda salah seorang yang boleh menandingi Ian Welch Pemancing dari England yang dikatakan telah memecahkan Rekod memancing Ikan Pari terbesar di dunia di perairan Sungai Mekong, Thailand.
Ikan ini bersaiz 7 kaki lebar dan 7 kaki panjang dengan ekor penyengat sepanjang 10 kaki. Menurut Ian Welch ia memerlukan selama 90 minit untuk menewaskan Ikan Pari tersebut untuk dibawa ke darat dengan bantuan 13 Orang lelaki. Sengatnya sahaja boleh membawa maut kepada kita contohnya apa yang pernah berlaku kepada Steve Irwin Pengacara TV Australia yang terkenal dengan keberanian ketika berdepan dengan pelbagai jenis ikan mahupun haiwan yang merbahaya. Beliau meninggal terkena sengat ikan pari pada tahun 2006. Dan tidak sah kalau sudah dapat tangkapan kita tidak tahu mahu masak apa.. Mungkin kalau korang dapat apa resepi yang akan korang masak.. Yum yum.. walaupun saya pun belum pernah dapat tangkapan besar terutamanya ikan pari, di sini saya akan mengsyorkan masakan Asam Pedas Ikan Pari.
Bahan Bahannya:-
600 gm ikan pari 300 gm bendir 2 batang serai, dititik 2 kuntum bunga kantan 4 - 6 helai daun kesum Sedikit minyak untuk menumis Sedikit air asam jawa Garam secukupnya | Bahan-bahan digiling halus: 15 tangkai cili kering 5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 2.5 sm halia |
Cara-cara:- Ikan disiang dan dicuci bersih. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan digiling halus hingga garing. Kemudian masukkan serai titik. Kacau rata. Masukkan ikan dan air asam jawa. Kacau rata. Apabila mendidih masukkan bendir, daun kesum, bunga kantan dan garam. Kacau rata |
Mudah bukan selamat mencuba.
aku blum pernah dpt ikan pari,psal jarang mancing.tp,kalu makan pernah la..cam?
ReplyDelete