Ini gambar masa aku ikut pertandingan memancing bulan lalu. Ketam suri fresh. Sedap di makan kalau fresh nie.. Selalunya kalau dah dapat tangkap ketam tue mestilah kita teringin mau masak
. Betul tak?? hehehe... Oleh kerana aku nie bukannya pandai sangat memasak so aku pun cari la resepi di internet. Cari punya cari ada juga la aku jumpa . Erm aku rasa mau masak ketam bercili la.. Mesti sedap tue rasanya.. nyam.. nyamm..... hehehe.. perut pun mula bermain lagu rock.. aku bergegas ke dapur dan mula memasak. Di sini aku akan menunjukkan resepi memasak ketam bercili.. Bah.. Apa lagi salin lah resepi nie.. Jangan malu jangan segan salin jak , sedap inda sedap try baru tau.. hehehe :P
ketam sebuk ku nyit garamResepi Ketam Bercili
bahan-bahannya
4 ekor ketam 10 biji lada kering 1 labu bawang besar 5 ulas bawang putih 1 biji tomato 2 sudu besar sos ikan 2 sudu besar sos cili 2 sudu besar kicap manis 2 sudu besar sos tomato sedikit garam, gula
Cara-caranya
1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih kemudian tumis hingga naik minyak.
2. Selepas itu masukkan sos tomato, sos cili, sos ikan, kicap manis dan sedikit air. 3. Perisakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Masukkan buah tomato yang di potong. 4. Setelah mendidih masukkan ketam yang telah dibersihkan dan di potong. 5. Masak ketam hingga isinya empuk dan hidangkan. | Bahan A; cili kering(rendam & kisar) bawang besar bwg putih 1cm halia 1tagkai serai Bahan B: 2 camca sos tiram 3 camca sos cili 4 camca sos tomato garam dan gula secukup rasa |
Cara Gaulkan ketam dgn kunyit & garam.Goreng kan ketam.Dgn mengunakan minyak yg sama. Tumis bahan A hinga naik wangi. Masukan bhn B.Tumis hingga pecah minyak.Masukan ketam yg digoreng.kacau rata.SEDIA DI HIDANGKAN | |
No comments:
Post a Comment